Kepentingan Insurans Dalam Kehidupan Kini ( Bantuan Di Saat Sukar
)
Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada
beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk
memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang
kaya.
Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa
suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini
boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila berlaku kematian :-
1) Tabung
perbelanjaan Pengebumian, bil2 hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan
hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk
pinjaman Perumahan
5) Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah )
6)
Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan
anak
Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati
atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah
bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika
nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial
nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal.
Dengan izin Tuhan maka
terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan
dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup
membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun
dipindahkan ke syarikat insurans.
Dengan peredaran masa timbul pula
risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan
kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital.
Bolehkah kita membayar bil bernilai RM 40,000.00 contohnya dengan hanya membayar
RM 500 setahun seorang kepada satu syarikat kewangan? MEMANG BOLEH dan inilah
peranan insurans – alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta
manusia.
Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor
– faktor lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal
mengambil insurans tersebut.
Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang
tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.
No comments:
Post a Comment