Wednesday, 20 March 2013

Kepentingan Insurans!!!!

Kepentingan Insurans Dalam Kehidupan Kini ( Bantuan Di Saat Sukar )

Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang kaya.

Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila berlaku kematian :-

1) Tabung perbelanjaan Pengebumian, bil2 hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk pinjaman Perumahan
5) Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah )
6) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan anak

Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal.

Dengan izin Tuhan maka terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun dipindahkan ke syarikat insurans.

Dengan peredaran masa timbul pula risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital. Bolehkah kita membayar bil bernilai RM 40,000.00 contohnya dengan hanya membayar RM 500 setahun seorang kepada satu syarikat kewangan? MEMANG BOLEH dan inilah peranan insurans – alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia.

Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor – faktor lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal mengambil insurans tersebut.

Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.

Company dah bagi cover Insurans, kenape perlu saya ade Insurans lain?????

Adakah tempat anda bekerja sudah memberikan anda perlindungan insuran? Jika begitu, eloklah...
TETAPI, beringatlah.....

1) Insuran tersebut hanya melindungi anda sehingga anda pencen SAHAJA, itupun kalau anda tidak bertukar tempat kerja. Kes yang lebih teruk lagi, jika berlakunya pembuangan kerja ataupun VSS... JADI, siapakah yang akan membayar bil hospital anda jika perkara yang tidak diingini semua ini berlaku?


2) Jika berlaku kemalangan (Nauuzubillah) ke atas diri anda yang menyebabkan anda tidak dpt bekerja, berapa lamakah syarikat akan menanggung anda? Kebiasaannya 3 bulan pertama GAJI FULL, 3 bulan seterusnya GAJI SEPARUH dan akhirnya anda akan diBERHENTIKAN. Selepas itu, di mana anda akan MENGADU? sudahlah duit gaji dah tak ada, simpanan pun kurang, INSURAN peribadi pun tak ada. Di waktu itu, mungkin sudah terlambat untuk anda melakukan sesuatu...


3) Insuran yang ditanggung oleh syarikat juga mempunyai HAD tertentu, jika HAD tersebut sudah melebihi tahap dibenarkan, maka lebihannya terpaksa ditanggung oleh ANDA sendiri, mahukah anda membuat potongan gaji untuk membayar bil-bil ini semua?

KES-KES ini bukanlah untuk menakut-nakutkan ANDA, tetapi ia adalah REALITI yang berlaku pada hari ini yang mana masih ramai belum sedar disebabkan oleh ZON SELESA yang dikecapi sekarang...maka, sebelum semua perkara ini berlaku kepada anda, eloklah ANDA mahupun kita semua bersedia untuk sebarang kemungkinan... beringatlah SEBELUM TERLAMBAT....

Hubungi/SMS/e-mail saya untuk penjelasan lanjut, Zulkifli 014-2345010 / mzulkifli5172@yahoo.com
Saya akan pergi ke tempat anda untuk memberikan penjelasan... Terima kasih...

Perbezaan Insuran yang ada "Medical Card" dan yang tidak....

Tahukah anda kelebihan "MEDICAL CARD"?
Kebanyakan orang yang mengambil insuran/takaful tidak diberikan kemudahan KAD tersebut, maka dengan sebab itulah pampasan yang diberikan boleh mencapai ratusan ribu ringgit.... TETAPI jangan mudah terpedaya....

PAMPASAN akan diberikan kepada anda bila anda mengalami perkara-perkara spt berikut:

1) Berlakunya kematian/ kemalangan yang mengakibatkan kematian

2) Berlakunya kemalangan atau kejadian yg menyebabkan anda lumpuh kekal sepenuhnya

3) Anda mengalami penyakit-penyakit KRITIKAL (36 jenis penyakit)

TETAPI, tahukah anda, berapakah perlindungan yang diberikan oleh insuran tersebut untuk rawatan semasa anda terlantar di hospital? Jika ada pun, jumlahnya adalah AMAT SEDIKIT, sesetengahnya hanya sampai beberapa RIBU sahaja... Tahukah anda berapakah kos jika melibatkan pembedahan kecil? Itupun menjangkau RM10 Ribu....jadi, bagaimanakah anda akan membayarnya nanti?

Satu lagi perkara penting yang patut anda ketahui ialah, jika tiadanya "Medical Card", anda perlu membayar kesemua BIL hospital tersebut terlebih dahulu dan CLAIM kemudian... Jika bil tersebut berjumlah RM3,000 okeylah, TETAPI apa akan jadi jika bil tersebut mencecah RM20,000... Berapakah jumlah credit card yang anda perlu gunakan?

"Medical Card" akan membayar kesemua jumlah BIL seperti yang dicajkan oleh pihak Hospital dan anda tidak perlu risau dengan berapakah jumlah Kredit Kad yang anda miliki sekarang, kerana limit "Medical Card" tersebut mencecah sehingga RM1.5 Juta....

So......

Bertindaklah sekarang, SEBELUM TERLAMBAT.... 

Aku masih muda.. kuat dan sihat lagi.. buat apa aku nak kena amik Insurans????

Memang betul, banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab alasan yang selalunya digunapakai ialah masa muda tak ada lagi penyakit.

Anda kena tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita dah ada penyakit bila kita dah berumur nanti.

Contohnya, batu karang:

Sekarang umur 24 tahun , sudah ambil insuran. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10K. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insuran akan cover semuanya.

Tapi bila dah umur 30, didapati ada penyakit batu karang tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil insuran.. Pre-existing disease before taking insurance will not be covered..


So muda la bagus.

Insurans tak mahal, bermula dari RM100 sebulan sahaja.

Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

Ok. Simpan sendiri pun boleh.

RM100 x 12 = RM1200

Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

so itu la bagusnya insurans

So fikir-fikir la yer...

Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

Pilih la ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bila anda susah nanti.

jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

bila anda terlantar , anak isteri tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

Apakah kebaikannya mengambil Insuran Takaful ni???

Semua orang masih tak berapa nak pasti apakah kebaikan mengambil insurans ni. Aku pun dulu-dulu macam tu la gak tapi bila dah start jadi agen and dengar + dapat training dari leader aku baru aku tahu betapa pentingnya mengambil insurans di waktu muda.

Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan mengambil personal insurans ni. Takaful Prudential BSN bukan setakat cover medical sahaja malah mengajar kita macammana nak menguruskan kewangan sendiri. Selain itu, kita boleh buat donation sekali sebab takaful prudential BSN ni berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh melabur, buat saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu pendekatan yang bagus?


Kenapa perlu amik Takaful Prudential BSN?
 
1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak.
Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu.
 
2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.
 
3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.
 
4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia
Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya.
 
5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (kira FREE la). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.

Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh aku utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh.
Bukan niat untuk memaksa, tapi niat untuk membantu kawan-kawan. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini.. itu yang paling penting.

Sekian.... So, jgn segan2 nak hubungi saya.. Tq.. Ilalliqo' =)

Ada kes yg client nak claim, tapi tak boleh... kenapa yer?

Kenapa Tak Boleh Nak Claim ??




“Insuran dengan Takaful sama jer penipu!!…Insuran dan Takaful agen masa nak jual punya le bagus, masa nak claim macam-macam hal, SUSAH!”.

Kenyataan negatif ini sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agen PruBSN Takaful pada awal pembabitan saya.

Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perkara-perkara yang berkaitan dengan insuran atau takaful ini.

Pada pengalaman dan pengamatan saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya menghapus kepercayaan mereka terhadap insuran/takaful.

Jadi, di sini izinkan saya berkongsi kepada kepada anda mengenai perkara-perkara yang menjadikan anda tidak mendapat claim dari syarikat Takaful.

Antara Sebab Utama adalah…

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan. Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period, memang TIDAK BOLEH nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Ia menyusahkan anda kalau jadi apa2 pada masa tersebut. Jadi, pastikan jangan sampai polisi anda lapsed!

2. Manfaat TIDAK ADA Di dalam Polisi

Ramai yang bertanggapan bahawa apabila mereka ada Takaful, mereka dengar agen cakap, “Semua Cover”… dan mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.

Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD”.
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?….kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).



B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat takaful mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat Takaful berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (enforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Medical card hanya boleh digunakan slps 90 hari.

Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit kritikal adalah 60 hari bermula dari tarikh polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit kritikal adalah seperti berikut.

1- Serangan Penyakit Jantung

2- Trauma Kepala Utama

3- Strok

4- Kanser

5- Kegagalan Ginjal(Buah pinggang)

6- Pemindahan Organ Utama

7- Penyakit Lumpuh

8- Sklerosis

9- Hepatitis virus fulminan

10- Koma

11- Buta

12- Penggantian injap jantung

13- Kehilangan Tangan dan Kaki

14- Pembedahan Aorta

15- Alzheimer

16- Hilang pendengaran

17- Hilang Kebolehan Bertutur

18- Kebakaran Parah

19- Penyakit terminal

20- AIDS akibat transfusi darah

21- Penyakit motor neuron

22- Parkinson

23- Penyakit Hati yang kronik

24- Penyakit paru-paru yang kronik

25- Anemia Aplastik

26- Distrofi otot

27- Poliomeilitis

28- Meningitis Bakteria

29- Tumor Otak Benigna

30- Ensefalitis

31- Full Blown AIDS

32- Sindrom Apalik

33- Pembedahan Otak

34- Penyakit koronari yang kronik

35- Penyakit koronari yang memerlukan pembedahan

36- Hipertensi arteri pulmonari



Macam mana perkara ini biasa terjadi? Sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, tiba-tiba kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, TIDAK BOLEH nak claim. Sebab tempoh menunggu tidak mencukupi.

Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospek … “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut di cover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari alternatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”

Kad Klinik Cashless untuk ANDA!!!

Salam tuan/puam/encik/cik/dato/datin
PRUclinic care.....
Dapatkan segera KAD KLINIK TANPA CO-INSURANCE (PRUclinic care) anda dengan saya, Perunding kewangan Mohd Zulkifli Saidi dari Prudential.
PRUclinic care adalah kad klinik PERTAMA dipasaran bagi individual life insurance.

*Bayaran Serendah RM15.66 sebulan untuk KANAK-KANAK
dan serendah RM23.99 sebulan untuk DEWASA..
TENGOK CONTOH NIE YER.....


* Jikalau demam, Migraine, gastric, batuk selsema dsb..pergi klinik tunjuk kad PRUclinic care, jumpa doktor,ambil ubat kemudian TERUS BALIK.. TAK PERLU KELUAR DUIT untuk bayar bil.. CASHLESS!

*Pergi mana-mana Klinik panel prudential berdekatan anda yang berjumlah 1.9K DI SELURUH MALAYSIA.

*Had Tahunan yang TINGGI RM1.5K setahun dan cover bil klinik anda selama 2 tahun berturut.

*Golongan yang disarankan mengambil PRUclinic care: Kanak-kanak, Peniaga atau sesiapa yang berkerja sendiri, perkerja yang tiada medical card provided oleh company, surirumah tangga dsb.

ATT: PRUClinic Care adalah RIDER plan dan WAJIB disertakan dengan medical card PRUflexi Med plan atau PRUhealth Plan.

------------------------------------
MEMPERKENALKAN MEDICAL CARD -masuk hospital tak perlu bayaran deposit/NO CO-INSURANCE! 100% ditanggung PRUDENTIAL.

PRUflexi Med Plan
- TANPA CO-INSURANCE/CASHLESS MEDICAL CARD yang punyai HAD SEUMUR HIDUP sehingga 4 JUTA.

- Segala Bil hospital, Bil pembedahan, Bil kidney dialysis, Bil Kanser dsb akan DIBAYAR Prudential

- Elaun masuk hospital sehingga RM400 sehari

Hubungi saya sekarang!!

Mohd Zulkifli Saidi  - 014-2345010
Prudential Malaysia Berhad

Tuesday, 19 March 2013

Assalamualaikum..
 
Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu untuk anda semua, Kalau rasa perkara ini sebagai ilmulah. Kalau tak sekadar baca sekali lalu sahaja.
Ada orang bertanya kepada saya apakah perbezaan diantara perkara berikut:-
 
medical card stand alone tanpa simpanan (burn(memang murah skarang)) dengan medical card beserta simpanan (investment link).
 
Jawapan saya:
Apa beza rumah yang kita sewa dengan rumah yang kita beli sendiri..?
Rumah sewa selagi kita nak tinggal kat situ kita kena bayar kan, Bermaksud selagi kita nak dapatkan perkhidmatan tersebut kita kena terus membayar. Risiko yang terpaksa ditanggung mungkin setiap 5 tahun harga sewa akan naik. Selagi nak tinggal di situ nak atau tak nak kena bayarla kalau tu termaktub dalam perjanjian sewa rumah.
Rumah beli sendiri mungkin bayarannya agak mahal berbanding rumah sewa, tetapi puas hati sebab itu rumah anda. Harga bayaran tetap sama sepanjang perjanjian sewa beli anda, dan yang paling menarik rumah tersebut anda boleh jual dan ada keuntungan daripada jualan tersebut. Syaratnya nak jual masa ada nilai yang menarik la.

Tukar kepada insuran atau takaful

Medical card Stand alone memang murah daripada medical card beserta simpanan, tetapi setiap 5 tahun harganya berbeza2 mengikut usia anda.. Semakin lama atau semakin tua kita, semakin mahal yang perlu anda bayar. Yang peritnya tiada sebarang nilai tunai walaupun anda telah mengambil pelan ini selama 10 tahun dan tiada jaminan kontrak disambung.

Medical card beserta simpanan agak mahal tetapi harganya akan sama sepanjang masa sehingga tarikh tamatnya. Yang menariknya ada nilai tunai jika anda lama bersama plan ini dan jaminan kontrak disambung.
 
Untuk keterangan lanjut tentang medical card PruBSN Takaful
 
Mohd Zulkifli 014-2345010

Adakah kita orang yang mementingkan kesihatan kita??


Kita jangan jadi seperti artikel yang di atas... Jangan kita dah sakit baru sibuk nak cari perlidungan untuk kesihatan!!! Kita perlu bertindak sekarang untuk pelan kesihatan kita akan datang!!!

Pelan Terbaik 3 dalam 1


Mulakan pelan kesihatan anda semasa anda muda dan semasa anda sihat!! Bak kata pepatah "Prevention is better than cure".. So, bertindak sekarang kawan-kawan.. jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah!!
Dengan Prudential, anda akan memiliki medical card hospital untuk hospital pakar,  disampinn itu, anda mendapat simpanan yang terjamin dan perlindungan kesihatan jika anda ditakdirkan mendapat penyakit kritikal atau hilang upaya kekal..